|
|
MANILA- Orang ramai diseru untuk memboikot konsert diva pop Madonna kerana dianggap kerja syaitan kata Biskop Katolik Filipina Rabu lalu (semalam).
Konsert yang diberi nama Rebel Heart itu merupakan salah satu daripada konsert siri jelajah penyanyi yang berusia 57 tahun itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ramon Arguelles, rakyat Filipina dan sesiapa yang sayang Tuhan harus mengelak daripada menghadiri konsert tersebut dan menghindar dari berbuat dosa.
Ianya merupakan serangan halus daripada kuasa jahat, jelasnya lagi.
Pada tahun 2012, Arguelles turut menyelar konsert penyanyi pop Lady Gaga sebagai kerja syaitan.
Ternyata, biskop-biskop mempunyai pengaruh dan terkenal kerana 80 peratus dari 100 juta rakyatnya, rata-rata menganut agama Katolik.
Singapura juga tidak terkecuali untuk turut serta membantah konsert tersebut kerana menyifatkannya sebagai menghina agama. MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment